0-9 | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z

Info Artist 4u2c

Tuesday, July 29, 2014



Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1992 oleh Mizal Zaini (lebih dikenali sebagai AC Mizal) [1] bersama dua kenalannya yang berkongsi minat yang sama dalam bidang music iaitu Nor Azam bin Mohamed (Azam) dan Mohamad Johari Mohamad Noor (Joe).

Pertemuan dengan produser Man Senoi dan isterinya Ramziah Bte Mohamed Noor (lebih dikenali sebagai Mama Rap) untuk menubuhkan satu kumpulan berkonsepkan genre rap telah mendorong ketiga-tiga anggota terawal 4U2C tersebut untuk mengundang empat lagi anggota lain iaitu Mohd Fazril Harun (Adik), Razlan Ramdan (Lan), Mohd Suffian Muda (Yanz) dan Raja Azrin Shah Raja Zaini Ismail (Rin).

Di bawah bimbingan Man Senoi dan Mama Rap yang bertindak selaku penerbit album dan pengurus, album pertama 4U2C yang berjudul “4U2C” telah diterbitkan di bawah Zman Production pada Ogos 1992. Pada masa era rock kapak telah sampai ke penghujungnya pada awal era 90an, pihak media telah memberikan publisiti yang begitu meluas kepada generasi kumpulan yang mempelopori genre rap yang baru bertapak dalam industry muzik di Malaysia kerika itu, terutama sekali 4U2C yang dianggap sebagai kumpulan rap yang pertama di Malaysia.

Album pertama 4U2C mendapat sambutan yang sangat luar biasa dari peminat-peminat di Malaysia. Menjelang tahun 1993, album tersebut terjual sebanyak 70,000 unit. Lagu “Fiona” yang dicipta dan ditulis lirik oleh Joe telah menjadi lagu yang mendapat sambutan yang paling hangat di kalangan pendengar dan dianggap lagu ‘trademark’ kumpulan 4U2C sehingga lah ke hari ini. Antara lagu lain di dalam album pertama yang menaikkan nama 4U2C adalah “Darling I Love U”, “Kami Rappers” dan “Video Game”. Susulan dari sambutan hangat album tersebut, 4U2C telah memenangi anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular pada Anugerah Bintang Popular tahun 1993.

Pada Mac 1993, 4U2C telah muncul dengan album mini yang berjudul “Love 2CU” yang mengandungi 3 lagu lama yang diadun semula dan 3 lagu baru termasuk lagu “1 Syawal” bersempena dengan sambutan Aidilfitri 1993 yang tiba sejurus selepas terbitnya album tersebut.

Menjelang penghujung tahun 1995, berlaku pergolakan dalam kumpulan 4U2C yang melibatkan pihak pengurusan mereka sendiri. Beberapa ibu bapa anggota kumpulan 4U2C menyedari bahawa anggota 4U2C tidak diberikan bayaran yang sepatutnya oleh pihak pengurusan seperti yang termaktub di dalam kontrak pengurusan. Bahagian bayaran yang diterima adalah tidak setimpal dan timbul spekulasi bahawa pihak pengurusan telah mengambil sejumlah bahagian yang sepatutnya diperuntukkan kepada anggota 4U2C. Akibat daripada pergolakan itu, 4 anggota telah membuat keputusan untuk menarik diri dari 4U2C iaitu Adik, Yanz, Azam dan Joe.


Pada penghujung 1990-an, kumpulan ini telah berpecah dan membawa haluan masing-masing selepas melancarkan album terakhir mereka, Kembalilah Fiona

Senarai anggota kumpulan 4U2C yang asal ialah :-

(Azam) Nor Azam bin Mohamed
(A.C) Mizal Zaini
(Lan) Razlan Ramdan
(Yan) Haji Suffian
(Joe) Mohd Johari
(Rin) Raja Azrin
(Adik) Mohd Fazril Harun

0 comments:

Post a Comment