Artist: Red Rahimad
tro:
Chorus:
Jangan biarkan, hati terluka
Lama-lama, kan menjadi gila
Jangan risaukan, jangan kau kecewa
Verse:
Bangkit! Bangun dari tidur
Lupakan mimpi
Hadap semua sakit
Hadapi jalan dibagi
Berakit-rakit kehulu
Berenang kau ketepian
Biar sakit kau merayu
Isi! Satu dunia Maha Mengetahui
Dalam seribu kata
MaknaNya tersembunyi
Tak terlihat pancaindera yang memerhati
Sempoyongan berlari
Berlagu ku diatas rumi
Jam mula berdetik
Tiada masa ku menoleh
Budak Banting mesti boleh
Bukan kerna terpaksa
juga kerna harta
Jauh sekali kerna cinta
Ku buat yang terbaik
Perlahan ku menaik
Ku wakilkan orang baik
Chorus:
Jangan biarkan, hati terluka
Lama-lama, kan menjadi gila
Jangan risaukan, jangan kau kecewa
Jangan biarkan, hati terluka
Lama-lama, kan menjadi gila
Jangan risaukan, jangan kau kecewa
Bridge:
Hati tiada bermakna
Jangan terleka kepada dunia
Sehingga lupa padanya
Verse 2:
Berceritakan tentang cinta
Dunia berbeza benua
Tapi masih bersama
Walau digoda sang durja
Masih tidak terluka
Bersujud pada Rabb
Ganjarannya pasti syurga
Impikan Firdausi
Mahukan yang sempurna
Namun tiada yang sempurna
Teguhkan sayap kanan
Perbetulkan cacat cela
Dengan isi selepas mati
Ringankan dacing kiri
Ranting yang tinggal memori
Wanniat dan juga bekal
Bermula dari tanah
Ditimbus juga ke tanah
Semuanya sama rata
Tiada Baik terbinasa
Sungguhnya demi masa
Manusia selalu terleka
Dan sungguh kerna itu
Ku akur ku hamba biasa
Chorus:
Jangan biarkan, hati terluka
Lama-lama, kan menjadi gila
Jangan risaukan, jangan kau kecewa
Outro:

0 comments:
Post a Comment