Artist: Kulit
Kutinggalkan dirimu
kekasihku
Kutinggalkan semua
yang telah berlalu
Lantaran hati dikawal nafsu
Dirimu tertindas
Dalam kekejamanku
Dalam keegoan kau tersiksa
Segunung penyesalan
di bahuku
Seluas lautan dosaku kepadamu
Dia yang kupuja hanya berpura
Ku diperalatkan
Dia memandang dunia
Dia memandang harta
dan rupa
Berdosa ku kasih
Menghancurkan hatimu
Kutahu kau merintih
Untung nasibmu keranaku
Sedih aku pedih
Mengenangkan dirimu
Namun apakan daya
Semua terjadi tak kembali
Kupinta kasih,
aku pinta sayang
Harummu kan menerangi jiwa
Namun tak mampu
kucampakkan rindu ini
Kerana kutahu salahku
Kerana kusedar dosaku
Kepadamu kumohon maaf
Sayangku
Berdosa ku kasih
Menghancurkan hatimu
Kutahu kau merintih
Untung nasibmu keranaku
Sedih aku pedih
Mengenangkan dirimu
Namun apakan daya
Semua terjadi tak kembali
Kupinta kasih,
aku pinta sayang
Harummu kan menerangi jiwa
Namun tak mampu
kucampakkan rindu ini
Kerana kutahu salahku
Kerana kusedar dosaku
Kepadamu kumohon maaf
Sayangku
0 comments:
Post a Comment