0-9 | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z

Lirik Jamilah Sudirman

Sunday, May 14, 2023

Artist:

m 

Lagu ini ku tujukan pada
Jururawat seluruh negara
Yang telah banyak mencurahkan jasa
Tanpa mengirau waktu dan masa

Milah
Milah

Senyum manis di bibir tiap hari
Penat lelah sedikit pun tidak kira
Walau malam pagi siang dan petang
Kalau kurang sabar hilang kepala
Lihat ragam pesakit tua muda
Terlolong meminta ini dan itu
Yang terpekik pekik
takut disuntik

(Missy saya mahu tengok TV
Missy kalau beri saya ubat saya lari
Missy saya mahu tukar seluar
Missy saya tak mahu mandi)

Jamilah Jamilah
Di antara yang beribu
Hanyalah kau missy
pujaan hati selalu
Senyum manjamu budimu
penawar hatiku

Membuat pesakit
Makan pun tak lalu

Cantik kau Milah
Cantik kau Milah

Milah
Milah

Topi Milah selalu tidak senget
Baju Milah bersih putih menarik
Bila nampak missy Milah ku lalu

Tolong Milah aduh sakitnya gigi
Mari Milah tolonglah kau kemari
Dengarilah dengar
debaran hati

Mari Milah aku jatuh hati
Kalau tak layan ku nanti mati)

Jamilah Jamilah
Takkan ku lupa jasamu
Nanti akan ku hantar
ibu bapa ke rumahmu
Janganlah Milah menolak
Nanti hatiku luka
Jagalah diriku
seumur hidupmu
Oh Milah

0 comments:

Post a Comment