Artist: Aniq Muhai
Tidurkan anak-anakmu
Kirimkan kata sayangku
Jalan Tuhan ku diseru
Hampiri syurga yang dirindu
Bila terbit fajar lagi
Usah pergiku diratapi
Ku serah ketentuan ini
Pada Tuhan yang lebih mengerti
Duhai adinda kekasihku!
Usah tunggu khabar dariku
Cintaku tetap mengiringmu
Doamu ku pinta selalu
Pilihanku harus hidup mulia
Kerana kepada Dia kita kan pulang
Bagai sirih pulang ke gagang
Sakit mungkin kanda pergi
Demi cinta, jiwa diberi
Semoga perjuangan
tidak kan terhenti
Dan biar patah tumbuh
hilang berganti
Duhai adinda kekasihku!
Usah tunggu khabar dariku
Cintaku tetap mengiringmu
Doamu ku pinta selalu
Pilihanku harus hidup mulia
Kerana kepada Dia kita kan pulang
Bagai sirih pulang ke gagang
Sirih pulang ke gagang
Sirih pulang ke gagang
Jalan telah diterangi
Tuk ke dakapan Ilahi

0 comments:
Post a Comment