Artist: Aswan Anwar
Hari itu ombak ganas bergelora
Tibanya tak diduga
Dan ku tak waspada
Sejauh jelajahku di laut dunia
Dakwa ku mahir sudah
Berlayar tanpa resah
Rupanya masih muda
Membaca hikmah tersirat
Kala gelisah itu
Tertangkap mataku pada
Berantakan mega
Di ruang udara
Merelakan lintasnya sinar suria
Mungkin kerana ini
Berantakannya hati
Untuk merelakan sinar
Harapan dari Tuhanku
Gelora ombak nan tenang
Tak mungkin menjadikan ku
mahir menongkah arus lautan
Jika diturut perasaan
Lebih aman saja aku berada
di pelabuhan
Namun bukan itu maksud pelayaranku
Tak kesampaian
destinasi cintaku oo..
Berantakan mega
Di ruang udara
Merelakan lintasnya sinar suria
Mungkin kerana ini
Berantakannya hati
Untuk merelakan sinar
Harapan dari Tuhanku
Selama ini
Berantakannya hati
Pandanganku terhijab emosi
Kerana aturan-Nya
Tak pernah terrrsalah
Namun ku gagal fahami
Bahasa cinta Ilahi
Kerana aturan-Nya
Tak pernah tersalah
Namun ku gagal fahami
Bahasa cinta Ilahi
0 comments:
Post a Comment