Artist: Art Fazil
Maaflah jika aku kurang fasih
Bertutur bahasa Mat Salleh
Mungkin lidah ku kelu mungkin
bibir ku kaku
Sebab tak biasa makan keju
Mungkin tingkah ku ini aneh
Mungkin kerana aku ini masih
Lagi kuat bertaut
Bagai akar berpaut
Dengan adat resam lama ku
Pasu bunga berbaris baris
Disusun oleh sianak manis
Rindukan petai dan sambal tumis
Rindukan petai dan sambal tumis
Seringkali aku terkenang
Pemandangan kampung halaman
Dimana waktu petang duduk
sembang sembang
Minum teh tarek makan
goreng pisang
Kulit mu seputih salju
senyuman itu
Pasu bunga berbaris baris
Disusun oleh sianak manis
Rindukan petai dan sambal tumis
Rindukan petai dan sambal tumis
Dan aku yakin satu hari nanti
Kita akan bersua lagi
wahai buah hati jantung ku
Jangan lah engkau ragu setia ku pada mu
Pasu bunga berbaris baris
Disusun oleh sianak manis
Rindukan petai dan sambal tumis
Rindukan petai dan sambal tumis
Melayu aku di kota Inggeris
Rindukan petai dan sambal tumis

0 comments:
Post a Comment