Artist: Kopratasa
Sentuhan suci kasihmu
Memancar dalam kalbuku
Betapa indah lebaran tahun ini
Ku peluk kerahmatanmu
Sebulan lama kembara
Di bulan suci bulan Ramadhan
Setitik air di cawan
Sebutir nasi di pinggan
Mengajar aku erti kesyukuran
Baru ku tahu manisnya
Dipelukan kasihmu
Hijab lebaran memancar rahsianya
Ramadhan membuka hijab rindu
Dan menguji nilai imanku
Ramadhan memancar cahya kasih
Menerangi batin rinduku
Inilah hari dinanti-nanti
Hari keampunan yang dicari
Syukur dan sujud pada ilahi
Rendahkan diri rapat ke bumi
Kerana dia maha pengasih
Kerana dia maha mengerti
Kepada tiap insan insani
Di atas bumi
Fana ini..
Ramadhan membuka hijab rindu
Dan menguji nilai imanku
Ramadhan memancar cahya kasih
Menerangi batin rinduku
Inilah hari dinanti-nanti
Hari keampunan yang dicari
Syukur dan sujud pada ilahi
Rendahkan diri rapat ke bumi
Kerana dia maha pengasih
Kerana dia maha mengerti
Kepada tiap insan insani
Di atas bumi
Fana ini..
Inilah hari dinanti-nanti
Hari keampunan yang dicari
Syukur dan sujud pada ilahi
Rendahkan diri rapat ke bumi
Kerana dia maha pengasih
Kerana dia maha mengerti
Kepada tiap insan insani
Di atas bumi
(fade out)
Fana ini..

0 comments:
Post a Comment