0-9 | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z

Lirik Cempedak Jadi Nangka Xpdc

Sunday, July 21, 2024

Artist:


Pasti tiada yang percaya
Manalah boleh sang cempedak
Nak jadi
Nak jadi Nangka

Dunia maju canggih ada
Belum lagi tercipta sejenis ubat
Ubat sakit jiwa

Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Lembut tutur gaya Bahasa
Itukan temurun budaya kita

Begitulah nasib sang lembu
Susu yang diperah sapi punya nama
Sapi dapat nama

Bukankah itu peribahasa
Jadikan renungan untuk semua

Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar

Lupakah padaku hai teman
Dulu kita kawan
Tapi mengapa kini
Kita mahu lawan

Buka mata pekak telinga
Walau banyak tempat
Walau banyak cela

Cakap siang pandang-pandang
Cakap malam dengar-dengar
Lembut tutur gaya Bahasa
Itukan temurun budaya kita

Dunia maju canggih ada
Belum lagi tercipta sejenis ubat
Ubat sakit jiwa

Mungkin esok mungkin lusa
Manalah tahu bulan jatuh ke riba
Jatuh ke riba
Tenteram hidup lagi aman
Tiada banyak umpat 
tiada banyak kesal

Cakap siang pandang pandang
Cakap malam dengar dengar

Lembut tutur gaya Bahasa
Itukan temurun budaya kita

Cakap siang pandang pandang
Cakap malam dengar dengar
Bukankah itu conggan kata
Jadikan pedoman untuk semua

Cakap siang pandang pandang
Cakap malam dengar dengar

  

0 comments:

Post a Comment