0-9 | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z

Lirik Penanti Wings

Monday, September 30, 2024

Artist:


Masih kunantikan sehingga kini
Penamatnya rinduku umpama tiada
Tersimpul kenangan sepanjang masa
Waktu detik selari ditemani bayang

Engkau hilang dalam terang
Engkau menghilang
Gerhana keseluruh pancainderaku

Kau berikan aku cinta
Dan ku ditinggal
Dalam laluan liku mekar berduri

Sumpah dan janjikan tetap kupegang
Lautan api seteru cekal kurenangi
Kerana kasihku teguh untukmu
Yakin kau disitukan menghampiriku

Engkau hilang dalam terang
Engkau menghilang
Gerhana keseluruh pancainderaku

Kau berikan aku cinta
Dan ku ditinggal
Dalam laluan liku mekar berduri

Di hatiku kau segar selamanya
Walautiada lagi kaujelma dimimpiku
Kumasih harap kau sudi bertamu
Pecahkan kaca alamku yang sunyi

Hanya engkaulah cahaya kalbuku
Tiapmadah kuselitkan puisi saktiku
Sebagai satu tandanya cintaku
Demi seri perkasihan abadi

Sekira masihnya aku kau rindui
Tampillah kau segera
Kuharap kau di sisi

Masih lagi kubergelar
Seorang penanti
Dalam gelap taman yang sepi

Di hatiku kau segar selamanya
Walautiada lagi kaujelma dimimpiku
Kumasih harap kau sudi bertamu
Pecahkan kaca alamku yang sunyi

Hanya engkaulah cahaya kalbuku
Tiapmadah kuselitkan puisi saktiku
Sebagai satu tandanya cintaku
Demi seri perkasihan abadi, ohhh


  

0 comments:

Post a Comment