0-9 | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z

Lirik Puisi Malam Fiq7

Friday, November 8, 2024

Artist:


Kamar yang sunyi
Tiada berbunyi
Khayalan ku tinggi
Terbang dengan merpati
Indahnya hari ini
Puisi ku menari
Dalam media  
ibaratnya tak sama
Luahan jiwa, hati ni 
turut serta
Pelbagai stigma yang 
aku pernah lalu
Untuk apa dan siapa
Hanya Tuhan saja tahu
banyak dipaparkan
Diwartakan oleh wartawan
Tetapi tidak sepadan
Dengan apa yang ku lalu
Masalah yang berliku
Mencariku mencari
Solusinya digari
Inikah yang dikatakan
Pahit sukar dunia
Manis sikit kurasa
Sejak digelar manusia
Pepohon yang kan mekar
Bunga yang kian segar

Puisi malam ini
Pena aku
Tuhan tahu
Kondisi hati
Ruang yang sepi
Menunggu takdir 
benar begini
Suratan ini bertulis tangan
Tak tergapai hanya kenangan

Setiap hari ku melangkah 
kaki kanan
Diri cakap kat hati
Supaya tahan tekanan
Dan aku ukir senyuman
Bila semangat tinggi
Dan bila ku bagi semua
untuk diri
Dah cuba beri semua
Dengan sepenuh hati
Tapi pulangnya tak sama
Bila hujung hari
Oh lupa ni dunia
Banyak yang tak kenang budi
Dimana boleh berteduh
Bila langit tu gelap
Dimana boleh berehat
Bila cahaya malap
Bilakah bulan yang terang
Mungkin mimpi ini pelik

Puisi malam ini
Pena aku
Tuhan tahu
Kondisi hati
Ruang yang sepi
Menunggu takdir 
benar begini
Suratan ini bertulis tangan
Tak tergapai hanya kenangan

Harap cahaya tu masih terang
Even kat sana tiada bayang
Lepasni tiada halangan
Tatkala diri ni tak bernyawa
Selamat jalan bahtera
Yang aku bina selama
Sekian lama, sebanyak mana
Memori itu takkan ku lupa
Wahai merpati yang aku jaga
Terbanglah dikau merata
Tulisan aku berteman alam
Ku simpan puisi malam

  

0 comments:

Post a Comment