Artist: Ssk
(Loop) Berat mata tapi tak ringan-ringan Muat mulut belum sempat nak simpan Duit minyak dan tol berkepul-kepul Wajahku melabur sambil ku beratur Dipinggir pinggan hanya makan yang teratur Piramid hidup aku akur dengan catur Mainan raja tapi askar yang diatur Mengapakah nasib beribukan peluang Beratus yang pergi beribu yang pulang Impianku tinggi nak cari sekupang Hidupku penuh, penuh penuh dengan hutang Pencarian dalam pendakian bukan isu Kalah dalam perang jangan macam tertipu Dalam rumah atas kertas hanya kat situ Masih bawah tangga masih bawah 3000 Yang ku ada untuk sementara Melawan arus masa demi terus mara gagah melangkah Yang kurasa kebas merata Bergelut mengatur hidupku (Loop) Tujuh balas sebelas seribu satu dulang Belum wang hantaran baik jadi bujang senang Raja sehari tanggung bertahun hutang Bukan soal adat tapi takut mulut orang Bila barang naik huh bini merengek Bukan miskin bandar ramai dah sengkek Kerja kerja kerja sampai lewat malam Kalau ditebuk dah tak ada guna Kredit kad pulak hanya mampu bayar bunga Harga air di Pelita macam minyak pelita Tak dapat jawapan jualkan saja Dulu belanja tak fikir sekarang kena ke fikir Mulut asyik mengeluh jarang sekali berzikir Ukur baju di badan nak lebih dari itu Boleh jadi tiga suku bila bawah 3000 Membujur lalu melintang patah hidupku diratah Pencarian dalam pendakian bukan isu Kalah dalam perang jangan macam tertipu Siapa, di mana suara yang membela Yang ku ada untuk sementara (masih bawah 3000) Yang diberi bukan selalu yang dipilih terus mencari Yang kurasa kebas merata (masih bawah 3000) Bergelut mengatur hidupku Dan bagaimana yang di bawahnya Hidup penuh dengan kemungkinan Dan sampai bila mahu ditanya Terpulang sebelum pulang untuk ditentukan Dan bagaimana yang di bawahku Yang di bawahku sesat entah ke mana Dan sampai bila mahu ditunggu Dan bagaimana (Loop) Cari jalan bukan alasan Cari jalan bukan alasan Cari jalan bukan alasan Bukan alasan Cari jalan bukan alasan Cari jalan bukan alasan Cari jalan bukan alasan Bukan alasan Yang ku ada untuk sementara Melawan arus masa demi terus mara gagah melangkah Yang kurasa kebas merata Bergelut mengatur hidupku Bertahan Bertahan aku Bertahan aku Berjalan aku Berjalan terus

0 comments:
Post a Comment