0-9 | A | B | C | D | E | F | G | H | I | J | K | L | M | N | O | P | Q | R | S | T | U | V | W | X | Y | Z

Lirik Kerana Takdirnya Ukays

Sunday, April 27, 2025

Artist:


Bukan mudah untuk ku sisihkan
Kehadiran cinta tak diundang
Semakin ku cuba menepiskan
Semakin bertandang

Dalam diam tunasnya berputik
Dalam hati semakin berdetik
Rasa cinta semakin melimpah
Di kolam hatiku

Bagaikan mabuk asmara
Di lambung ombak rindu ini
Sehingga ku hampir lemas
Di muara

Seumpama langit dan 
bumi perbezaan kita
Kerana takdirnya 
cintaku bersemi
Dalam keresahan 
yang tiada bertepi
Ku nikmati cinta 
sesudah sengsara

Hilang dendam timbul 
sayang berpanjangan
Untuk kita, 
melayari bahtera hidup

Bak langit dan bumi 
perbezaan kita
Kerana takdirnya 
cintaku bersemi
Dalam keresahan 
yang tiada bertepi
Ku nikmati cinta 
sesudah sengsara

Kini ku sedari, 
ku sedang diuji
Untuk merasai, 
kasih yang berarti
Hilang dendam timbul 
sayang berpanjangan
Untuk kita, 
melayari bahtera hidup

  

0 comments:

Post a Comment