Artist: Putera Muhammad
Kau hadir tanpa wajah
Namun suaramu membakar rasa
Setiap kata kau lafazkan
Seakan aku milik selamanya
Bagai dua suria
Yang menyuluh dua jalan berbeza
Diriku celaru, keliru
Terbuntu mana harusku tuju
Satu nyata, satu sempurna
Hati terbelah
Cinta mendua arah
Ku terjerat dalam dilema
Satu nyawa, satu cahaya
Mata dibuta
Dengan bayangan dusta
Terperangkap dua dunia
Hatiku makin lena
Biarpun mindaku masih terjaga
Bayangan yang maya tercipta
Mengikat aku dalam persoalan
Bagaikan dua takhta
Berdiri di satu ruang istana
Kerana cinta terbelah dua
Satu nyata, satu sempurna
Hati terbelah
Cinta mendua arah
Ku terjerat dalam dilema
Satu nyawa, satu cahaya
Mata dibuta
Dengan bayangan dusta
Terperangkap dua dunia
Jika aku hilang di antara bintang
Siapakah yang membawa
jiwa ku kembali pulang?
Satu nyata, satu sempurna
Hati terbelah
Cinta mendua arah
Ku terjerat dalam dilema
Satu nyawa, satu cahaya
Mata dibuta
Dengan bayangan dusta
Terperangkap dua dunia
Dua dunia

0 comments:
Post a Comment