Artist: Hijjaz
Ku lihat kau dimandikan
Buat kali yang terakhir
Menitis air mata
Mengenangkan waktu bersama
Bukan ini yang aku inginkan
Harus tabah, sabar menerima
Engkau pergi buat selama-lamanya
Walau sedih apalah dayaku
Kerana mati itu pasti buat semua
Biarkanlah yang dibawa bersama
Yang menyusahkan
Ku melihat engkau dikafankan
Ku melihat kau disemadikan
Kian lama makin hilang tak terlihat
Di pandangan
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Lailahaillallah
Moga persemadianmu menjadi taman
Di antara taman-taman syurga
Serta ada cahaya menemani menerangi
Ku kirimkan doaku buatmu
Sebagai tanda kasihku ini
Biar terubatlah kerinduanku padamu
Banyak sudah yang pernah terjadi
Makin lama tidak lagi diingati
Keseorangan tanpa doa dikirimkan
Walau sedih redha menerima
Tak di mulut tetapi di hati
Kerana mati itu pasti untuk semua
Saat yang menunggu

0 comments:
Post a Comment