Artist: 3p
satu per satu
kian kurang kian hilang
makin kosong tanpa bayang
detik berlalu takkan berulang
hanya cerita yang dikenang
selama-lamanya
juadah di meja tidak terjamah
mata menatap skrin tak sudah sudah
hingga terlupa wajah tersayang
sanak saudara
suara bingit kota
takkan mampu hilangkan sunyi
dalam dada
padamkanlah semua
ego dan dendam
bersatu kasih semula
katakanlah rasa rindu seikhlasnya
sebelum nanti menjadi suara sepi
pulanglah selagi ada
insan yang menanti
suatu hari takkan sama
janji temu bukan jaminan
hargailah ayah bonda
sementara semua masih ada
setahun sekali
raya datang lagi
sembang sembang depan tv
gebang bersama famili
setahun sekali
raya datang lagi
raikan dengan senyuman
yang berseri
dengan masa yang ada
dengar suara ayah bonda
segala hanya pinjaman sementara
dengan masa yang ada
dengan takbir yang bergema
nyalakan pelita bersinar cahaya
suatu hari takkan sama
janji temu bukan jaminan
hargailah ayah bonda
sementara semua masih ada
setahun sekali
raya datang lagi
sembang sembang depan tv
gebang bersama famili
setahun sekali
raya datang lagi
raikan dengan senyuman
yang berseri
setahun sekali
raya datang lagi
sembang sembang depan tv
gebang bersama famili
setahun sekali
raya datang lagi
raikan dengan senyuman
yang berseri
masa yang ada
suara ayah dan bonda
segala hanya pinjaman sementara
masa yang ada
takbir yang bergema
nyalakan pelita bersinar cahaya
setahun sekali
jangan sia sia
setahun sekali
jangan sia sia
(kini dan nanti tidak serupa
kerana yang menunggu di laman itu
mungkin suatu masa tinggal kenangan)

0 comments:
Post a Comment