Artist: Malique
Yang tinggal, yang tinggal
Tangan kecil yang menggigil
Yang tinggal, yang tinggal
Darah merah, nyawa kerdil
Yang tinggal, yang tinggal
Dari sungai ke lautan
Yang tinggal, yang tinggal
Hanya mimpi dan harapan
(Loop)
Mentari bocor celah kaca retak
Suara yang meredakan semalaman yang memekak
Engkau tu lapar, keluar, pulang bawa roti
Katanya pasti ummi, dahinya dikucupi
Menyusur, gusar, redah kota yang kelumpuhan
Debu berpusar ikut 'nari celah runtuhan
Simfoni perang tidur moga terpelihara degupan
Syukran, roti dicapai dan dijulang
Terbayang senyum umminya teruja mahu pulang
Genggaman diperkemas, langkahnya dideraskan
Berlari-lari anak nyanyi lagu kebebasan
Di selekoh terakhir terhenti terdengar bunyi
Dituli suara pembuli zanana yang digeruni
Sendiri, kaku, keliru berhadapan dengan maut
Ummi aku takut, tiada yang menyahut
Yang tinggal, yang tinggal
Tangan kecil yang menggigil
Yang tinggal, yang tinggal
Darah merah, nyawa kerdil
Yang tinggal, yang tinggal
Dari sungai ke lautan
Yang tinggal, yang tinggal
Hanya mimpi dan harapan
(Loop)
Fikiran ummi kucar, melihat luar,
drone berputar,
Mencari-cari nyawa mana nak dibubar
Dia terapung di selekoh
di antara runtuh kota
Ternampakkan lembaga manis
buat mencukup kuota
Sasaran dikunci, sinaran datang membuta
Jeritan disepi, bedilan datang meluka
Kepulan dan percikan,
serpihan dan cebisan
Sayup-sayup muncul suara
kecil yang keperitan
Ditarik keluar jiran tahan rasa duka
Jasadnya bernyawa tapi dah berubah rupa
Semua kacir, tangisan dan takbir
Diseret celah lorong
tuju hospital terakhir
Doktor jerit ya rabb!
satu demi satu
Moga cukup anaesthesia,
moga cukup waktu
Selang berapa detik,
bom kedua gugur
Hospital rebah ke bumi,
semuanya terkubur
Yang tinggal, yang tinggal
Tangan kecil yang menggigil
Yang tinggal, yang tinggal
Darah merah, nyawa kerdil
Yang tinggal, yang tinggal
Dari sungai ke lautan
Yang tinggal, yang tinggal
Hanya mimpi dan harapan
Mā allazī yabqā?
hīna tuhramu aydiya al-atfāl
Mā allazī yabqā?
wal-amāniyyu fī az-zalām
Mā allazī yabqā?
ma'a ad-dumū'i wa ad-damār
Mā allazī yabqā?
illā rahmatu ar-Rahmān
(Loop)
Seorang lagi bapa di liang lahad
Pengakhiran yang tragis,
mangsa genosida sadis
Ibunya meratap dalam keracauan
Talkin menusuk hati,
mata masih ngimbas awan
Sejak Nakba berapa jenazah
kecil dah diusung?
Berapa dah dilumpuh berapa
dah dibutat, dikudung?
Lindungi kanak-kanak dari
perperangan toksik
Meha nahar adhayam
falasteen tiheye khofshit
Falasteen tiheye khofshit
Yang tinggal, yang tinggal
Tangan kecil yang menggigil
Yang tinggal, yang tinggal
Darah merah, nyawa kerdil
Yang tinggal, yang tinggal
Dari sungai ke lautan
Yang tinggal, yang tinggal
Hanya mimpi dan harapan
Illā rahmat ar-Rahmān
Malikun 'alā 'arshi as-samā'i muhayminun

0 comments:
Post a Comment